bye bye :D
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5821656434177286023\x26blogName\x3dal+kisah+cik+s0uL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://s0ul-cadberrysoul.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://s0ul-cadberrysoul.blogspot.com/\x26vt\x3d4052679986212199513', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>



Assalamualaikum! speaking here is norsoleha bte wazil @ soul . Do follow and leave your footprint on my tagboard :) Be nice here.
Facebook | Twitter

Navigations~


Jumaat, 24 Februari 2012 | 10:48 PTG
SINOPSIS THE SNOW QUEEN || Back to top


Assalamualaikum . hyep guys !! erm rasenya cam da lame aku tak updates kan ?? padahal baru bapew hari . biase laa kalau orang tengah hangat bercinta memang camni . sekejap pun cakap lama . cewah !! tapi aku tak bercinta pun ea . saje jew cakap camtu . hee :P . baru-baru ney aku asyik sebuk ajar orang buat belog and twitter . padahal tak pro pun sume tu . tapi dah membe mintak tolong , kite tolong laa kan . haha . oke larhh , cukup laa  mukadimah awal aku tu . aku  nak cerita sal laen sebenarnya . pasal gamba atas ney ?? pelik ea ?? jeng3~ , haha . actually aku baru jew habis tengok cerita tu . 5 hari 4 malam aku tengok cerita tu . sampai sanggup tak tidur and tak makan sebab cerita ney . biase laa kalau orang da kemaruk korea kan :P . tapi kan seriously laa memang best gilew2 laa cerite ney . da la sedih gilew . habis 1 gulung tisu jamban rumah aku . hee :) . aku memang syorkan laa siapa yang minat cerita korea yang sedih2 ney tok tengok cerita snow queen . aku rase ney cerita yang ke-3 cerita korea yang sangat2 sedih pernah aku tengok . first dulu autumn in my heart , second winter sonata and third cerita ney laa . sedih glew seyh . comfirm air mate tak leyh nak berhenti time ngok cerita ney . kalah laa time aq break up dlu . haha :P . disebabkan aq sukew sangat cerite ney , so aku pun buat laa sinopsis cerita ney . bace jangan tak bace . siapa tak bace , ngajuk ar cam ney . haha :P


Cerita The Snow Queen  bermula ketika zaman persekolahan antara Han Tae Woong dan Kim Jeong Kyu . Jeong Kyu terkenal sebagai siswa yang jenius di seluruh sekolahnya dan merasa mula terancam saat Tae Woong masuk ke situ. Pada suatu hari , Tae Woong dipuji kerana kecerdikannya dalam tesisnya tetapi Jeong Kyu dengan cepat menuduh Tae Woong yang dia meniru . Tetapi akhirnya Jeong Kyu menyedari kesalahannya dan cepat meminta maaf pada Tae Woong. Ternyata itu cuma salah faham. Akhirnya Tae Woong dan Jeong Kyu menjadi teman baik selepas itu. Han Tae Woong dan Kim Jeong Kyu kemudian terpilih untuk menyertai pertandingan olimpid matematik, dan ternyata Han Tae Woong yang menjadi juara . Kim Jeong Kyu yang biasanya selalu mendapat juara dan sering kali menerima pujian menjadi sangat kecewa dan lalu membunuh diri. Hal ini membuat Han Tae Woong terkejut dan merasa bersalah kerana mengatakan yang tidak baik kepada Kim Jeong Kyu sebelum Kim Jeong Kyu bunuh diri. Han Tae Wong mula mengundurkan diri dari sekolah dan menggantikan namanya kepada Han Geuk Gu, yg diambil dari nama petinju kesukaan Kim Jeong kyu. 




Sebelum Tae Woong  menyertai olimpik matematik , dia telah bertemu dengan seorang gadis comel iaitu Kim Bo Ra di perpustakaan dimana Bo Ra berkeras mahu membeli buku "Snow Queen". Itulah awal perkenalan mereka . Kemudian mereka melarikan diri dari sekolah dan pergi berhibur ke taman hiburan. Ketika itu mereka masih tidak mengetahui nama antara satu sama lain. Han Tae Woong dan gadis kecil itu saling berjanji akan bertemu lagi di depan taman hiburan akan tetapi Han Tae Woong tidak datang kerana saat itu Kim Jeong Kyu bunuh diri. Lapam tahun kemudian Han Tae Woog yang sudah bertukar nama kepada Geuk Gu bertemu semula dengan Kim Bo Ra si gadis kecil itu yang telah membesar menjadi gadis dewasa yang cantik tetapi hatinya sedingin puteri salju. Ketika itu mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain . Setelah mereka meluangkan banyak masa bersama, mereka saling jatuh cinta lebih-lebih lagi  setelah mereka  saling mengetahui bahawa mereka pernah  bertemu sebelumnya iaitu pada lapan tahun yang lepas . Akan tetapi Han Geuk Gu sangat terkejut apabila mengetahui bahawa Kim Bo Ra adalah adik kepada sahabat baiknya yang bunuh diri iaitu Kim Jeong Kyu. Maka Han Geuk Gu mula menjauhi Kim Bo Ra kerana takut Kim Bo Ra akan mengetahui hal yang sebenar dan terluka hatinya padahal saat itu Kim Bo Ra sudah mahu menerima Han Geuk Gu di sudut hatinya.
  


Malangnya  Kim Bo Ra akhirnya mengetahui yang Han Geuk Gu adalah Han Tae Woong, sahabat abangnya tetapi Kim Bo Ra sudi memaafkannya.Akhirnya, Han Tae Woong dan Kim Bo Ra saling menerima antara satu sama lain dan mula bercinta. Tetapi begitu banyak rintangan dalam hubungan mereka sampai Kim Bo Ra diusir ayahnya dan Kim Bo Ra harus bekerja untuk mendapatkan wang. Ketika mereka mula mengecapi kebahagiaan, mereka diduga lagi dengan rintangan iaitu Kim Bo Ra sebenarnya menghidap tumor yang sangat serius. Akhirnya, Kim Bo Ra meninggalkan Han Tae Woong kerana tidak mahu kekasihnya itu mengetahui akan penyakitnya. Ketika Kim Bo Ra dihantar ke hospital , Han Tae Woong mula mengetahui segalanya dan sejak itu dia mula menjaga Kim Bo Ra. Tae Woong mengajak Bo Ra menghabiskan waktu bersamanya . Akhirnya, Bo Ra meninggal dunia ketika dia tidur . Han Tae Woog sangat sedih dan pergi menyambung pelajarannya  ke Amerika. Tae Woong juga pergi ke Lapland iaitu satu-satunya tempat yang Bo Ra ingin pergi. Semenjak itu, Tae Woog mula menjalani kehidupannya sendirian dan menjadi terkenal disebabkan kebijaksaannya dalam bidang matematik .



amacam best tak sinopsis cerita snow queen ney ?? yang aku buat ney betul2 ringkas sebab malas laa nak cerite panjang2 . kalau nak tahu  yang lebih details tengok laa cerita ney oke . pasti korang tak nyesal laa tengok cerite ney . btw , gambar yang dekat bawah ney laa LAPLAND iaitu tempat snow queen . aku tak tahu laa cerita sal sow queen dekat lapland tu fakta or auta . btw, aq da search dekat kawn baek aku , miss google tu . and dia cakap betul . kowt laa, sebab dia speaking orang putih laa . so tak paham la den .haha :P. tu laa kat skola tak nak blaja betul2 kan . haha . actually kan bilew aku tengok lapland ney , aku pun teringin pulak nak pergi sane . tapi entah dapat kew tidak . dalam mimpi jew laa kowt . hee :) . oke laa , cukup la tuk entry kali ney .  salam :)



p/s : kalau nak tengok cerita snow queen ney , sediakan tissue satu kotak taw . hee :)